Badan Khairat Masjid At-Taqwa
Desa Subang Permai, 40150 Shah Alam, Selangor
Maybank Islamic. 562085580534
Tuan/Puan yang dihormati,
Merujuk kepada perkara di atas, Jawatankuasa Pengurusan Badan Khairat Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai ingin memaklumkan kepada semua ahli mengenai usul untuk membubarkan Badan ini pada atau sebelum akhir tahun ini (Disember 2026). Keputusan untuk membawa usul ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk tadbirurus yang ditentukan oleh pihak MAIS antaranya :
• Perkara 3.1 Garis Panduan Pengurusan Lajnah Khairat Kematian Masjid dan Surau Negeri Selangor yang menetapkan bahawa lajnah Khairat kematian hendaklah bernaung dibawah pentadbiran masjid dan tidak boleh bernaung atau berdaftar dengan mana-mana pertubuhan, agensi, syarikat dan koperasi. Sehubungan dengan ini, pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) akan dimaklumkan secara rasmi setelah mesyuarat agung khas dibuat dan diputuskan.
• Penyelarasan dan kemaskini maklumat ahli kariah bagi memastikan urusan kematian dapat diselenggara dengan baik.
• Kos pengurusan jenazah bagi ahli kariah (yang juga ahli Badan Khairat secara automatik) bermula tahun 2027 akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Masjid sepertimana Seksyen 106, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Butiran pengurusan akan dimaklumkan oleh pihak pentadbiran masjid At-Taqwa kemudian bagi tabung sediaada dan kos pengurusan.
• Bagi ahli kariah yang tidak mendaftar, sebahagian daripada kos pengurusan jenazah perlu dibayar oleh waris si-mati. Pihak Masjid akan menguruskan kos tanah perkuburan sahaja.
Sekiranya ada bantahan terhadap usul ini, sila berhubung dengan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari Badan Khairat dalam tempoh 31 hari bermula 1 Oktober 2026 sehingga 31 Oktober 2026..
Ahli-ahli pertubuhan ini terbuka kepada penduduk-penduduk beragama Islam yang bermastautin di qariah Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai dan dari kawasan sekitarnya. Bagi tujuan pendaftaran, ketua keluarga disarankan didaftarkan sebagai ahli dan manfaatnya meliputi ahli tanggungannya yang sah disisi undang-undang.
PENTING : Perhatian kepada semua ahli Badan Khairat. Untuk mendapatkan akses sepenuhnya ke rekod online anda, anda perlu membuat semakan terlebih dahulu dengan menekan butang Semakan/Kemaskini Rekod. Sila semak nama, no ahli, alamat dan pilih samada ingin menggunakan e-mel atau no ahli sebagai Akses ID (login ID). Kata laluan sementara (temporary password) akan dijana oleh sistem melalui email atau makluman mesej oleh sistem. Sebagai panduan, anda boleh klik di sini untuk paparan infografik.